Kerja Pembaikan Paip Pecah Selesai, Bekalan Air Pulih

by Oh! Semput


8
SHARES
99
VIEWS
Posted on 09 Dec 2016 06:01:35

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembaikan paip pecah yang dijalankan berhampiran MRT Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Jalan Damansara telah selesai dan bekalan air ke kawasan yang terjejas sedang dipulihkan secara berperingkat.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan berkata bekalan air ke kawasan yang terjejas akan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya terutama bagi premis yang terletak di kawasan tinggi dan hujung sistem agihan.

“Bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki dan disokong oleh lori tangki jumbo di Masjid At Taqwa TTDI sebagai stesen isian,” menurut kenyataan itu.

Pengguna boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip : TANKER nama dan alamat.

Maklumat terkini mengenai pemulihan bekalan air boleh dirujuk di www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’, Facebook ‘Puspel Syabas’ atau ‘Air Selangor’. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts