by Oh! Semput
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerjasama dengan DAP bagi membentuk Kerajaan Perpaduan adalah ‘susunan Allah’ bagi memastikan kestabilan politik negara terus terjamin.
Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), beliau mengakui pernah melaungkan ‘No Anwar, No DAP’ di Perhimpunan Agung Umno (PAU) empat tahun lalu yang menunjukkan perseteruan dengan parti itu dahulu.

Menjawab dakwaan terdapat rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli UMNO terhadap DAP, Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan secara peribadinya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan parti itu.
Artikel lain: Ahmad Zahid mahu tahu Dr Akmal ingin serang siapa? -“Saya akan jumpa beliau”

Sementata itu, Zahid membidas tuduhan segelintir pihak yang mendakwa penyertaan DAP dalam kerajaan telah menyebabkan kepentingan Melayu dan Islam terjejas.
Katanya, DAP hari ini menyokong sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan, mengiktiraf bahasa Melayu dan Islam sebagai bahasa serta agama rasmi negara.
Bahkan, hak Melayu dan Bumiputera juga tidak lagi dipersoalkan.
: Free Malaysia Today (Alfian Tahir)