Kerjasama KPJUC, UKM lahirkan doktor pakar

by Oh! Semput


11
SHARES
149
VIEWS
Posted on 08 Dec 2016 10:01:01

KUALA LUMPUR: Kerjasama antara KPJ Healthcare University College (KPJUC) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya melahirkan dua doktor pakar dalam bidang otorinolaringologi (kepala dan leher).

Dua doktor pakar telinga, hidung dan tekak berkenaan ialah Dr Tan Shi Nee, 31, dan Dr Tengku Ezulia Tengku Nun Ahmad, 31.

Mereka adalah lulusan sulung program latihan kepakaran perubatan yang dilaksana menerusi kerjasama KPJUC dengan Fakulti Perubatan UKM dan baru sahaja lulus peperiksaan Iktisas Akhir Kepakaran Otorinolaringologi, Bedah Kepala dan Leher.

Dr Tan dan Dr Tengku Ezulia diraikan bersama-sama 1,084 graduan pada Majlis Konvekesyen ke-20 KPJUC yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Majlis konvokesyen itu disempurnakan oleh Canselor KPJUC, Tan Sri Utama Arshad Ayub.

Yang turut hadir ialah Pro Canselor KPJUC Tan Sri Siti Sadiah Sheikh Bakir, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ, Datuk Amiruddin Abdul Satar, serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KPJUC, Prof Datuk Dr Lokman Saim.

Kerjasama dua universiti itu bertujuan melahirkan lebih ramai pakar perubatan yang mampu meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan negara.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts