by Oh! Semput
SANDAKAN: Asisten Komisioner (ACP) Mohd Azhar Hamin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sandakan yang baharu mengantikan ACP Zabidi Md Zain.
Azhar sebelum ini menjawat Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu.
Manakala, Zabidi yang mula bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Sandakan sejak 14 Ogos 2014 akan bertukar tugas ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah sebagai ACP Pentadbiran.
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Sandakan telah disaksikan oleh Pesurujayah Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, pagi kelmarin.
Pada majlis yang sama, isteri Azhar, Wan Huraini Osman menerajui Persatuan Keluarga Polis ( Perkep) Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan sebagai pengerusi bagi menggantikan isteri Zabidi, Deputi Superintendan Laila Haji Sagir.
Majlis Serah Terima Tugas Perkep IPD Sandakan telah disaksikan oleh isteri Datuk Abdul Rashid yang merupakan Pengerusi Perkep Kontinjen Sabah Datin Ainalmarhanim Haji Abd Ghani.
Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Razarudin Husain @ Abd Rashid serta isterinya yang juga merangkap Naib Pengerusi Perkep Kontinjen Sabah Datin Zainah Othman dan pegawai-pegawai kanan polis.