Musa Aman ketuai Maulidur Rasul peringkat negeri

by Oh! Semput


5
SHARES
68
VIEWS
Posted on 12 Dec 2016 11:00:18

Musa Aman ketuai Maulidur Rasul peringkat negeri

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menyertai perarakan sempena sambutan Majlis Perhimpunan Maulidur Rasul peringkat negeri berarak dari Dataran Bagandang ke Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, Beaufort. - Foto NSTP/Malai Rosmah Tuah

BEAUFORT: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, mengetuai kira-kira 4,500 peserta perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri, di sini hari ini.

Perarakan bermula jam 7.30 pagi dari Dataran Bagandang ke Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir sejauh 3.5 kilometer itu disertai 73 kontinjen.

Yang turut menyertai perarakan ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Sempena sambutan itu, turut diadakan pertandingan sepanduk, kontinjen terbaik dan kontinjen teramai.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts