Khazanah Pindah Hampir RM19.6 Juta Ke FashionValet Dalam Dua Transaksi – Saksi Bank

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 18 Aug 2026 10:00:56

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) melakukan dua transaksi pemindahan wang berjumlah kira-kira RM19.6 juta ke akaun FashionValet Sdn. Bhd. pada Mac 2018.

Pengurus Cawangan CIMB Bank Berhad Menara KL Sentral, Lee Hui Nee, 58, berkata semakan terhadap penyata akaun Khazanah mendapati transaksi pertama dibuat pada 23 Mac 2018 melibatkan RM7.848 juta.

Advertisement
Viviy yusofKosmo Online  

Transaksi kedua pula dilakukan pada 26 Mac 2018 dengan jumlah RM11.742 juta, menjadikan keseluruhan pemindahan sebanyak RM19.59 juta.

“Saya telah membuat semakan terhadap penyata akaun bank Khazanah bagi bulan Mac 2018 terdapat dua ransaksi pindahan wang yang berkaitan. Transaksi pertama direkodkan pada 23 Mac 2018 melibatkan jumlah sebanyak RM7,848,000.00, manakala transaksi kedua berlaku pada 26 Mac 2018 dengan jumlah sebanyak RM11,742,000.00.

“Oleh itu, jumlah keseluruhan bagi kedua-dua transaksi tersebut adalah kira-kira RM19 juta. (RM19.5 juta). Untuk makluman, pembayaran bagi kedua-dua transaksi ini telah dilakukan melalui pemindahan wang secara rentas bank (interbank transfer), dan diproses sepenuhnya oleh pihak bank,” katanya.

Tiada Pemindahan Lain Dari Khazanah Ke FashionValet

Lee yang merupakan saksi pendakwaan keempat turut memberitahu mahkamah bahawa semakan terhadap penyata akaun Khazanah dari 31 Januari 2017 hingga 31 Disember 2019 tidak menunjukkan sebarang pemindahan lain ke akaun FashionValet selain dua transaksi berkenaan.

Untuk rekod, Khazanah dilaporkan melabur RM27 juta dalam FashionValet pada 2018, manakala Permodalan Nasional Berhad (PNB) melabur RM20 juta bagi memperoleh pegangan minoriti dalam syarikat berkenaan.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen turut diberitahu bahawa PNB melakukan dua transaksi berjumlah kira-kira RM20.3 juta kepada FashionValet pada 2018, masing-masing pada Jun dan Disember tahun berkenaan.

Vivy Yusof, Suami Pengarah FashionValet Dan 30 Maple

Dalam prosiding sama, saksi pendakwaan ketiga, Penolong Pendaftar Syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Harshini Radhakrishnan, mengesahkan Datin Vivy Sofinaz Yusof dan Datuk Fadzarudin Shah Anuar merupakan pengarah FashionValet serta 30 Maple Sdn. Bhd.

Menurut keterangannya, Fadzarudin dilantik sebagai pengarah FashionValet pada 13 Disember 2012, manakala Vivy dilantik pada 29 September 2010.

Kedua-duanya turut dilantik sebagai pengarah 30 Maple pada 9 Disember 2013 dan semakan rekod tidak menunjukkan sebarang perubahan status pelantikan mereka dalam tempoh yang diperiksa.

Didakwa Pecah Amanah Dana RM8 Juta

Vivy dan Fadzarudin kini dibicarakan atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu dengan niat bersama sebagai pengarah FashionValet didakwa membuat pembayaran RM8 juta daripada akaun FashionValet kepada 30 Maple tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah FashionValet.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara pada 21 Ogos 2018.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Dalam perbicaraan terdahulu, saksi bank turut mengesahkan RM8 juta dimasukkan ke akaun 30 Maple melalui dua transaksi berjumlah RM5 juta dan RM3 juta daripada akaun FashionValet pada 21 Ogos 2018.

Pasangan itu juga berdepan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, iaitu didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta. Mereka turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan tersebut.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad dijadualkan bersambung pada 16 Oktober ini. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-08-18 16:39:37

Pihak Pendakwaan Buat Rayuan Semula Kes Rasuah, Zizie Izette Bakal Ke Tirai Besi?

 

Khazanah Pindah Hampir RM19.6 Juta Ke FashionValet Dalam Dua Transaksi – Saksi Bank first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts