KidZania KL – Destinasi Edutainment Untuk Seisi Keluarga

by Oh! Semput


19
SHARES
244
VIEWS
Posted on 28 Nov 2016 09:00:29

Beralamat di Curve NX di Mutiara Damansara, KidZania Kuala Lumpur adalah taman tema keluarga berkonsep edutainment yang menawarkan pembelajaran interaktif kepada kanak-kanak berusia empat hingga 14 tahun.

main-1

Konsep KidZania pertama diperkenalkan pada 1996 di Mexico oleh Xavier López Ancona. Mula diperkenalkan sebagai La Ciudad de los Niños atau The City of Children di Santa Fe pada September 1999 yang sehingga kini telah menyaksikan kehadiran lebih 42 juta pengunjung di semua lokasi KidZania di seluruh dunia.

main-2

Bertemakan ‘Learn Life Today’, ia mengaplikasikan konsep latihan dan role play buat pengunjung cilik mencuba sendiri pengalaman bertugas dalam 100 jenis profesion daripada 60 ruangan aktiviti yang disediakan.

Antaranya termasuklah menjadi doktor, hakim, kakitangan perubatan, pengacara, juruterbang, kru produksi penerbitan media elektronik dan cetak, dan banyak lagi. Selain dapat mencabar kreativiti kanak-kanak, KidZania Kuala Lumpur dapat menggarap kemahiran membuat keputusan, melatih kebolehan untuk berkomunikasi dan membina keyakinan dalam suasana yang menyeronokan.

Antara aktiviti yang terdapat di KidZania KL:

1. Penyiaran Televisyen

broadcasting

2. CSI

csi

3. Bomba

firefighter

4. Juruterbang

pilot

5. Doktor Pakar Bedah

surgery

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts