Kilang TV Panasonic Di Malaysia Akan Ditutup, 400 Pekerja Terjejas

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 28 Jul 2026 11:00:23

Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia (PAVCKM) mengumumkan langkah besar dalam penyusunan semula operasi mereka bagi memperkukuh daya saing global.

Menjelang akhir September 2026., produksi pengeluaran televisyen Panasonic di Malaysia akan dihentikan dengan pengeluaran peranti pemain Blu-ray pula akan dipindahkan ke China Hualu Panasonic AVC Networks Co., Ltd. (CHPAVC) di China.

Panasonic berkata, langkah ini adalah untuk memperkukuh daya saing perniagaan AVC Panasonic.

Seterusnya, menjelang Februari 2027, pengeluaran produk audio berjenama Technics di Malaysia juga akan ditamatkan dan dialihkan ke syarikat Panasonic Group yang lain.

Namun, operasi jualan dan servis TV serta audio di Malaysia akan diteruskan seperti biasa.

Langkah ini menandakan penutupan penuh operasi PAVCKM menjelang Mac 2027, melibatkan kira-kira 400 pekerja.

Panasonic berkata, mereka bekerjasama dengan pihak berkuasa, agensi kerajaan dan kesatuan pekerja untuk menyediakan sokongan penempatan kerja serta bantuan peralihan kerjaya bagi mereka yang terjejas.

Panasonic dalam satu kenyataan tetap menegaskan komitmen jangka panjang terhadap Malaysia sebagai hab serantau utama.

Dengan lebih 12,000 pekerja di seluruh negara dalam bidang pembuatan bernilai tinggi, R&D dan fungsi korporat, syarikat ini akan terus melabur dalam rantaian bekalan.

{suggest}

Kilang TV Panasonic Di Malaysia Akan Ditutup, 400 Pekerja Terjejas WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts