KIRA-KIRA 22 tahun dahulu ketika zaman tidak wujud lagi media sosial seperti Facebook, negara pernah digemparkan dengan tragedi seorang lelaki ditelan seekor ular sawa di pekan Tenang Stesen, Segamat, Johor.
Kejadian hitam pada 4 September itu bukan sahaja telah menggemparkan seluruh negara, bahkan dianggap peritiwa hitam paling tragis dan mencemaskan sepanjang 1995.
Mangsa, E Heng Chuan, 29, ditemui kira-kira pukul 10.30 malam di bangsal berhampiran rumahnya, di mana sebahagian badannya telah ditelan oleh ular sawa yang difahamkan seberat 140 kilogram.
Ular sawa itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu mangsa.
Dilaporkan sebelum kejadian, mangsa dikatakan berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya kira-kira jam 8 malam untuk menutup suis generator air kolam.
Bagaimanapun setibanya di sana, reptilia itu menyerang Heng Chuan dengan mengigit dan membelit lelaki itu sebelum bertindak menelannya.
Kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum mangsa mati, berdasarkan keadaan bangsal yang semak bertukar menjadi lapang.
Hakikat itu memang logik kerana kejadian hanya disedari abang mangsa, E Seng Guan, 32, yang keluar mencarinya adiknya apabila tidak pulang ke rumah, kira-kira 30 minit selepas keluar untuk menutup suis generator terbabit.
Seng Guan mencari adiknya di kawasan itu pada pukul 8.30 malam tetapi gagal menemuinya.
Ketika sampai ke situ pada kali kedua, Seng Guan menemui seekor ular sawa sedang membelit dan cuba menelan adiknya dari bahagian kepala tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut.
Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya, Lim See Mek, 51. Mereka kemudian melaporkan kejadian itu ke pondok polis pekan Tenang Stesen untuk meminta bantuan.
Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam, tetapi pada masa itu tidak mempunyai sebarang gambaran mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi.
Polis pada mulanya beranggapan ia hanya kejadian ular sawa membelit mangsa dan tidak begitu yakin sebahagian badannya ditelan walaupun sudah dimaklumkan abang mangsa.
Dalam kegelapan malam itu, sepasukan lima anggota polis bersama Seng Guan dan seorang penduduk kampung pergi ke tempat kejadian. Mereka menggunakan lampu picit dan bersenjatakan M16.
Seorang anggota polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular itu bagi menyelamatkan mangsa, bagaimanapun Heng Chuan didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat terlalu lama dijerut dengan kuat.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat manakala bangkai ular sawa besar itu dibawa ke pondok polis Tenang Stesen.
Seorang anggota polis yang menyertai operasi ketika itu, Lans Koperal Razib Ujang, 30, menggambarkan bunyi ular sawa itu ketika hendak menelan mangsa amat menggerunkan.
Ular itu berbunyi seperti menyedut, kemudian kedengaran bunyi seolah-olah ia menghembuskan nafasnya. Pada masa sama, ular itu menggeleng seperti mahu memastikan kepala dan badan mangsa masuk ke dalam mulutnya.
Kejadian itu turut menakutkan penduduk di sekitar Tenang Stesen dan Redong terutama penoreh getah, yang risaukan keselamatan mereka kerana beranggapan pasangan ular yang mati dibunuh itu akan keluar mencari temannya, terutama di dalam paya dan semak berhampiran kebun getah tempat mereka menoreh.
Timbalan Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Perhilitan dan Taman Negara (Perhilitan) Ibu Pejabat, Celescoriano Razond ketika mengulas tindakan agresif ular sawa menyerang manusia menegaskan, ada beberapa faktor ular sawa akan bertindak terhadap manusia, terutama kerana lapar atau diganggu.
“Mangsa yang ternampak ular yang terlalu besar akan terkejut dan mungkin boleh pengsan. Jika pengsan atau terjatuh, ia akan memudahkan ular menyerang.
“Ular sawa biasanya ambil masa untuk belit mangsanya, ini bermakna seseorang itu masih ada masa untuk melepaskan diri tetapi bergantung kepada kekuatan dan semangatnya,” katanya.
Beliau berkata, kejadian ular sawa membelit manusia amat jarang dilaporkan tetapi pernah berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 1985 apabila mangsa ditemui mati dengan keadaan tulangnya patah dicerut reptilia itu.
Bagaimanapun ular berkenaan melarikan diri. Pada 17 Februari lalu, seorang buruh warga Indonesia, Sapar, 55, turut maut dibelit ular sawa dan nyaris ditelan di Jabor, Terengganu
KUANTAN: Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli bersama sekutunya, bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad akan meneruskan siri Jelajah Kancil ke negeri Pahang bermula hari ini.Program tersebut dilaporkan akan diadakan di BCIC Lounge, B
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak wajar membuat gambaran tidak tepat dengan mendakwa kerajaan negeri Johor gagal melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.Baginda bertitah, setiap pentadbiran negeri sentia
KUANTAN: Lombong pameran pertama negara, terowong bawah tanah Sungai Lembing akan menjalani kerja pembaikan dan pemulihan tahun depan dengan kos sebanyak RM8 juta.Timbalan Menteri Ekonomi, Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah, berkata peruntukan itu disediak
KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menolak Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk cadangan pengembangan operasi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang.Penolakan itu dipaparkan di laman web JAS, yang tidak memberikan sebab
Pempengaruh dan usahawan, King Coco mencuri perhatian menerusi penampilan terkininya di majlis pelancaran produk suplemen terbaharu miliknya yang dikenali sebagai I Am Coco.Majlis tersebut turut dihadiri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak kepada Timb
Sejak kebelakangan ini, media sosial dibanjiri rungutan pengguna yang mendakwa bil elektrik mereka meningkat secara mendadak walaupun corak penggunaan di rumah tidak banyak berubah.Ada yang mendakwa bil rumah yang sebelum ini sekitar RM50 meningkat hampi
TEMERLOH: Tidak sampai seminggu lagi untuk dinikahkan, cinta hati kepada Mohamad Alif Iskandar Azhar pergi buat selama-lamanya selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 24, Jalan Temerloh-Jerantut, dekat Jengka 19, semalam.Dinie Hanis Noor Azlan Efen
Pelakon Indonesia, Rizky Billar mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang didakwa menyebarkan fitnah mengenai dirinya di media sosial.Tindakan itu dibuat selepas suami kepada penyanyi dan pelakon, Lesti Kejora, menjadi sasaran pelb
Wanita yang sebelum ini menjadi perhatian ramai susulan video tular melibatkan sekumpulan pelancong Malaysia di China akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.Menerusi satu hantaran di TikTok, Nur Asyiqin Mohd. Dalil mengakui kesilapannya d
Bersempena sambutan Hari Bapa yang diraikan hari ini, penyanyi dan pencipta lagu Luqman Podolski tampil dengan sebuah karya baharu berjudul Ayah, hasil ciptaan Kim Manul.Menariknya, lagu ini hadir dengan pendekatan yang berbeza daripada kebanyakan lagu b