Kisah Omayra Sanchez - Mangsa Tragedi Yang Mengorbankan 22 Ribu Orang

by Oh! Semput


19
SHARES
242
VIEWS
Posted on 25 May 2017 11:01:04

iluminasi omayra sanchez kerajaan

Pada tahun 13 November 1985, Gunung Berapi Nevado del Ruiz meletup mengakibatkan letusan lahar gunung berapi sebanyak 3 kali mengalir merentasi pekan Armero, Colombia.

Gunung itu kali terakhir meletus hanya secara kecil pada tahun 1845, membuatkan tidak ada sebarang amaran dapat dikeluarkan kepada penduduk sekitar kawasan Armero. Jika ada amaran pun, mesej itu sampai lambat kerana tidak ada jalinan hubungan yang wujud, kerana ketika hari kejadian bekalan elektrik telah terputus terlebih dahulu akibat hujan lebat.

Walaupun sehari sebelum berlakunya letusan besar itu, sudah terdapat tanda-tanda awal tragedi akan berlaku apabila asap hitam mula keluar dari kawasan gunung.

Penduduk hanya diberitahu supaya tidak bimbang. Amaran pengkaji bumi yang sudah mengesan berlaku pergerakan sejak September tidak diendahkan oleh kerajaan Colombia. Tepat pada jam 9:09 malam, Gunung berapi Nevado del Ruiz meletus mengakibatkan kematian lebih 22 ribu penduduk di situ.

Salah seorangnya gadis kecil bernama Omayra Sanchez.

iluminasi omayra sanchez kerajaan3

Omayra pada ketika itu berada di rumahnya bersama keluarga yang semakin berhati-hati kerana arang yang semakin kerap menimpa atap rumah mereka. Kedengaran dari jauh bunyi lahar semakin menghampiri dan tiba-tiba sahaja segalanya musnah sekelip mata.

Ayah dan makciknya meninggal pada waktu itu sementara Omayra terselamat tetapi badannya tersekat di siling rumah mereka. Ibunya pada waktu itu bekerja di luar kawasan.

iluminasi omayra sanchez kerajaan6

Pasukan penyelamat mengalami kesukaran untuk masuk ke kawasan itu bagi menyelamatkan mangsa kerana lahar itu dipenuhi lumpur yang membuatkan suasana pesrsekitaran menjadi amat susah untuk dinavigasi tanpa tersekat. Bagaimanapun, Omayra berjaya juga diselamatkan tetapi pasukan penyelamat tidak berjaya mengeluarkan dia dari celahan batu dan konkrit yang menyepit beliau.

Penyelam yang memeriksa mendapati hanya dengan memotong kaki beliau, Omayra dapat dibebaskan. Tetapi dengan situasi yang kurang sesuai, besar kemungkinan Omayra akan kematian jika kakinya dipotong atas faktor jangkitan kuman. Cubaan untuk menarik Omayra keluar juga tidak berjaya kerana setiap kali ditarik, air berlumpur akan kembali bertakung pantas yang mampu membuatkan beliau lemas.

Tidak pula dipastikan sama ada Omayra tahu atau tidak, dia sedang memijak makciknya sendiri yang tenggelam dalam lumpur di bawahnya. Makciknya pula sedang memeluk kaki Omayra seolah-olah mengangkatnya ke atas.

iluminasi omayra sanchez kerajaan4

Pihak perubatan mengambil keputusan, jalan terbaik untuk beliau adalah membiarkan saja Omayra di situ.

Omayra pun hidup sambil badannya tenggelam di dalam lumpur dan hanya kepala dan tangannya kelihatan. Sepanjang dia masih hidup, Omayra bermula dengan positif, menyanyi, makan serta mahu ditemubual oleh wartawan. Ada kalanya beliau jadi takut, kemudian menangis dan meminta pertolongan Tuhan.

Sifat Omayra mula berubah pada hari ketiga dia berada di situ sehingga mengalami halusinasi, meracau-racau hendak ke sekolah kerana mahu mengambil peperiksaan matematik.

Wajah Omayra pada ketika itu bertukar. Matanya menjadi merah, kulitnya membengkak dan tangannya bertukar keputihan.

Pada jam 10:05 pagi, hampir 60 jam Omayra meneruskan hidup, beliau meninggal dunia pada 16 November 1985 kerana penyakit gangrene dan hypothermia.

iluminasi omayra sanchez kerajaan5

Banyak pihak meletakkan beban kesalahan pada kerajaan Colombia yang gagal menyediakan fasiliti amaran dan keselamatan yang lengkap. Kemudahan asas seperti alat bantuan penyelamat juga tidak diperolehi, menyukarkan sebarang kerja menyelamat apatah lagi dalam situasi di kelilingi lumpur.

Kerajaan Colombia pula mengakui kelemahan mereka pada ketika itu apatah lagi beberapa hari sebelum itu, terpaksa menghadapi serangan pemberontak kerajaan yang membuatkan wakil kerajaan terpaksa memfokuskan kepada perihal lain.

iluminasi omayra sanchez kerajaan2 514

Frank Fournier, seorang jurugambar Perancic sempat menemui Omayra dan merakamkan detik-detik akhir Omayra Sanchez yang diterbitkan 6 bulan kemudian dalam satu gambar yang diberikan tajuk "The Agony of Omayra Sanchez." Gambar itu memenangi anugerah World Press Photo of The Year bagi tahun 1986.

Tragedi itu membunuh hampir 75% penduduk (22 ribu) daerah Armero dan penduduk pekan Armero yang tinggal, memulakan semula kehidupan mereka ke sebuah lokasi lain di utara tapak asal Armero yang dinamakan Armero Guayabal.

Bandar Armero ditinggalkan dengan sesetengah lokasi masih lagi diselimuti lumpur. Gunung berapi Nevado del Ruiz dikhabarkan masih aktif dan jika pemanasan global terus berlaku, dianggarkan tragedi serupa mampu berulang sekali lagi.

iluminasi omayra sanchez kerajaan5

Omayra Sanchez kini menjadi simbol masyarakat Colombia, sebagai peringatan kepada kecuaian kerajaan Colombia dalam menangani krisis yang sebenarnya mampu dielakkan.

Begitulah kisah tragedi kematian manusia terbesar melibatkan insiden lahar gunung berapi yang berlaku satu masa dulu. 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts