Kodak SlideTag Ialah Bingkai Gambar E‑Ink Berwarna Dengan Fungsi Penjejak Pintar

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 23 Nov 2026 10:30:48

Bagaimana jika gambar kegemaran dan penjejak pintar digabungkan dalam satu aksesori? Itulah idea di sebalik pengenalan Kodak SlideTag. Selain berfungsi sebagai aksesori (keychain), ia turut membolehkan pengguna memaparkan gambar menerusi skrin E‑Ink berwarna sambil membantu menjejak barangan harian yang penting.

SlideTag menggunakan skrin E‑Ink enam warna bersaiz 1.54 inci yang dipadankan dengan rekaan slaid filem retro. Dengan berat hanya 16.6 gram, ia cukup kecil untuk dijadikan aksesori harian sama ada digantung pada kunci atau beg. Menariknya, gambar yang dimuat naik akan terus dipaparkan pada skrin walaupun aksesori tidak digunakan. Apabila pengguna ingin menukar gambar, proses kemas kini paparan mengambil masa sehingga 30 saat untuk diselesaikan.

Keunikan SlideTag terletak pada integrasi dengan Apple Find My dan Google Find Hub sekali gus membolehkannya berfungsi sebagai peranti penjejak pintar. Meskipun konsepnya hampir sama dengan Apple AirTag, Kodak mengambil pendekatan berbeza dengan melengkapkannya dengan skrin pada bahagian hadapan. Ini bermakna pengguna bukan sahaja boleh mengesan lokasi barangan malah tturut memaparkan gambar menerusi aksesori yang sama.

SlideTag ditawarkan dalam beberapa pilihan rekaan termasuk satu edisi khas yang lebih eksklusif. Pendekatan yang sama pernah digunakan pada siri Kodak CHARMERA sebelum ini sekali gus menjadikan SlideTag bukan sekadar aksesori harian malah koleksi untuk peminat produk Kodak.

: KODAK SlideTag Keychain

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts