Komuniti Cina bantu angkat martabat Malaysia – TPM

by Oh! Semput


7
SHARES
97
VIEWS
Posted on 30 Dec 2016 15:01:44

PRESIDEN Persatuan Kontraktor Tenaga Malaysia, Datuk Seri Dr Irwan Mohd Tahir (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan peribadi Ahmad Zahid kepada KK Chai (kanan) sempena Majlis Makan Malam KLCAH, di Serdang, malam ini. – Foto Yazit Razali

SERI KEMBANGAN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya komuniti Cina di negara ini akan terus menjadi kumpulan penting yang dapat mengangkat kedudukan Malaysia ke tahap lebih tinggi pada masa akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana sejak dahulu lagi kaum Cina di negara ini diketahui sebagai masyarakat yang berani, rajin berusaha dan memiliki kecekalan yang tinggi.

“Dengan sumber yang sedikit, mereka mampu melakukan perubahan. Pemimpin pengasas awal seperti Yap Ah Loy sudah membuktikannya, begitu juga pemimpin lain.

“Saya mengagumi semangat anda untuk ‘berkata tidak’ kepada cabaran dan bagaimana kesungguhan yang anda miliki itu berjaya membawa perubahan kepada persekitaran anda,” katanya pada Majlis Makan Malam Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH), malam ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Presiden Persatuan Kontraktor Tenaga Malaysia, Datuk Seri Dr Erwan Tahir.

Yang turut hadir, Presiden KLCAH, Datuk Dr KK Chai.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut berbesar hari menyerahkan sumbangan peribadi sebanyak RM100,000 kepada KLCAH.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersikap terbuka dengan segala pandangan yang diberikan komuniti Cina bagi memajukan lagi negara.

Katanya, kerajaan juga akan memastikan aspek pendidikan, kebudayaan dan ekonomi kominiti Cina dipertingkatkan.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts