by Oh! Semput
Anggota polis membantu membawa penyanyi Ben Nathan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur, 2 Februari 2017. — Foto Malay Mail KUALA LUMPUR, 22 Mei — Konsert Ben Nathan meriah sehinggakan penyanyi itu tidak sabar-sabar merakam lagu di Jakarta.
“Saya enjoy di pentas dan seronok apabila rakan artis turut bersama-sama saya hari ini. Saya sebenarnya tidak sabar untuk ke Jakarta merakamkan single terbaru,” katanya, lapor mStar.
Beliau menyanyi tiga lagu iaitu Tak Mungkin, Ilusi Satu Penantian dan Stanza Sepi Sekeping Hati.
Presiden Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave pula gembira kerana Ben mampu mengingati lirik dan tempo melodi dengan baik.
“Melihat perkembangan positif Ben, saya tidak sabar untuk meneruskan misi ketiga kami untuk projek rakaman single terbarunya di Jakarta selepas sambutan hari raya Aidilfitri depan,” katanya.
Konsert Kasih & Harapan selama dua jam di Saloma Bistro petang semalam bertujuan mengumpul dana perubatan RM50,000.
Artis lain, Datuk M. Nasir, Datuk Nash, Ramlah Ram, Sahara Yaakob, Aris Ariwatan, Fredo Flybaits, Maisara Ukulele dan Datuk DJ Dave.
Kisah hidup Ben sebagai gelandangan mencuri tumpuan netizen dan viral di laman sosial Januari lalu.