by Oh! Semput

NEW DELHI: Jumlah mangsa yang terkorban dalam insiden runtuhan lombong di negeri timur India, Jharkhand, meningkat kepada 17 orang hari ini.
Ketika ini, pekerja penyelamat meneruskan usaha mencari enam mangsa yang masih hilang.
Lombong terbuka di Lalmatia yang terletak kira-kira 390 kilometer dari ibu negara Ranchi, dekat sini, itu runtuh Khamis lalu.
“Kami sudah mengeluarkan 17 mayat dan berkemungkinan bertambah kepada 23 orang,” kata jurucakap polis Jharkhand. – AFP
Category: Dunia