Krisis Asia Barat: Kerajaan Pahang Ambil Langkah Proaktif, ADUN Terima Peruntukan RM15,000 Seminggu Gerak Bantuan Rakyat

by Oh! Semput


8
SHARES
108
VIEWS
Posted on 11 Apr 2026 16:31:56

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Pahang mengambil pendekatan proaktif bagi meringankan beban rakyat susulan isu harga minyak dan subsidi yang terus menjadi perdebatan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, susulan krisis di Asia Barat, kerajaan negeri melaksanakan pendekatan bekerja dari rumah selain menyalurkan bantuan segera kepada rakyat melalui wakil rakyat.

“Sekarang ini saya memberi kepada semua wakil rakyat RM15,000 seminggu untuk mereka membeli barangan makanan asas bagi diagihkan di kawasan masing-masing.

“Bermula dengan golongan paling susah, setiap wakil rakyat akan menggunakan peruntukan itu untuk membeli keperluan seperti beras, minyak, gula dan tepung setiap minggu,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Beliau berkata, dengan peruntukan RM15,000 itu, setiap wakil rakyat mampu membantu kira-kira 300 penerima setiap minggu dan inisiatif berkenaan akan diteruskan sehingga keadaan kembali reda.

Jelasnya, pelaksanaan bantuan itu bermula minggu ini dan membabitkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pegawai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri berjaya mengurangkan hutang kepada Kerajaan Persekutuan daripada RM3.2 bilion kepada di bawah RM1 bilion sejak 2018.

“Selepas kira-kira empat tahun, kita berjaya mengurangkan hutang sehingga di bawah RM1 bilion.

“Bagi saya, paras di bawah RM1 bilion itu sudah memadai kerana jika kita melangsaikan semua hutang, kita tidak dapat melaksanakan perkara lain pula,” ujarnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan menerima banyak permohonan daripada individu yang ingin menyertai semula UMNO di negeri itu.

“Angka tepat tidak ada, tetapi memang ramai yang mahu masuk semula dan ini satu indikator yang baik,” tambahnya. #SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts