Kubur pendakwah terpaksa dialih, elak jadi tempat puja

by Oh! Semput


8
SHARES
101
VIEWS
Posted on 19 May 2017 08:01:15

Kubur Nek Dayang berusia lebih 100 tahun dipindahkan kerana ia dijadikan tempat pemujaan. — Foto ihsan Facebook/Khairulazni BaharuddinKubur Nek Dayang berusia lebih 100 tahun dipindahkan kerana ia dijadikan tempat pemujaan. — Foto ihsan Facebook/Khairulazni BaharuddinTANJUNG KLING, 19 Mei — Kubur seorang pendakwah dan pejuang antipenjajah di sini terpaksa dialihkan kerana dijadikan tempat pemujaan nombor ekor.

Makam Nek Dayang, yang pernah disembunyikan agar tidak dapat dikesan Inggeris, di tengah bekas perkampungan etnik Hainan dianggap keramat, lapor Harian Metro.

Kewujudan makam itu sejak 1905 disedari orang ramai selepas penempatan etnik itu dikosongkan dan tapaknya diratakan pada 13 Mac lalu.

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memindahkan segera kubur itu bagi mengelakkan kegiatan pemujaan berterusan selepas kampung itu dikosongkan.

Seorang penolong pengarahnya Mohd Fauzi Jaafar berkata penggalian selama 30 minit berjalan lancar walau hujan renyai-renyai semalam.

Beliau berkata tulang sulbi, tulang pinggul dan batu nesan juga ditemui.

“Proses pemindahan dijalankan selepas kami mendapat kelulusan daripada Jabatan Mufti,” katanya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts