by Oh! Semput
Ada orang ada hanya satu kata kunci atau password untuk semua akaun mereka. Ada juga yang memiliki banyak kata kunci sampaikan mereka sendiri boleh terlupa.
Tidak dinafikan, dalam dunia teknologi maklumat yang semakin maju, kata kunci merupakan elemen paling penting buat pengguna untuk memastikan segala data atau akaun mereka adalah selamat.

Namun selepas 17 tahun menempuh zaman milenium, masih ramai pengguna teknologi memilih kata kunci yang lemah untuk melindungi data dan akaun mereka.
Berdasarkan maklumat syarikat keselamat digital yang beribu pejabat di Chicago, Keeper Security, kata kunci ‘123456’ merupakan paling popular digunakan sepanjang 2016.
Keeper Security mengkaji lebih 10 juta kata kunci dan mendapati 17 peratus akaun menggunakan kata kunci lemah tersebut. Ia menyebabkan maklumat paling mudah digodam dalam tempoh beberapa saat sahaja.
Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif firma itu, Darren Guccione, banyak pengendali laman web tidak mengingatkan pengguna agar menetapkan kata kunci yang paling sesuai untuk akaun mereka.
Kajian sama pada tahun 2015 mendapati, penggunaan kata kunci ‘password’ paling popular dalam kalangan pengguna tetapi kali ini kata kunci itu jatuh ke tangga kelapan.
1. 123456
2. 123456789
3. qwerty
4. 12345678
5. 111111
6. 1234567890
7. 1234567
8. password
9. 123123
10. 987654321
11. qwertyuiop
12. mynoob
13. 123321
14. 666666
15. 18atcskd2w
16. 7777777
17. 1q2w3e4r
18. 654321
19. 555555
20. 3rjs1la7qe
21. google
22. 1q2w3e4r5t
23. 123qwe
24. zxcvbnm
25.1q2w3e
Anda ada gunakan kata kunci diatas? Kalau ada anda disarankan tukarkannya dengan kata kunci atau password yang baru agar akaun dan data anda lebih selamat.
Semoga info ini bermanfaat!
SHARE yer! Tq
Tags: bad password 2016, best password 2016, kata kunci paling popular 2016, kata kunci popular 2016, password popular 2016, top password 2016
Category: TEKNOLOGI, VIRAL TERKINI