Kurma tercemar lipas, pengguna kena buat aduan

by Oh! Semput


5
SHARES
67
VIEWS
Posted on 27 May 2017 15:01:52

Pengguna disaran membaca label serta mengamalkan ‘lihat, hidu dan rasa’ untuk mengelak termakan makanan yang rosak atau tercemar. — Foto ReutersPengguna disaran membaca label serta mengamalkan ‘lihat, hidu dan rasa’ untuk mengelak termakan makanan yang rosak atau tercemar. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 27 Mei — Kementerian Kesihatan akan meningkatkan pemantauan ke atas produk kurma di pasaran tempatan susulan tular di media sosial buah berkenaan tercemar dengan lipas dan kumbang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata pengguna disaran membaca label serta mengamalkan 'lihat, hidu dan rasa' sebelum menikmati makanan bagi mengelak termakan makanan yang rosak atau tercemar.

“Kementerian ingin menasihati pengguna dan orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pembeli dalam memastikan produk makanan yang dibeli bersih dan selamat,” katanya.

Beliau berkata sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

“Pengguna juga boleh melayari laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhg jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan,” katanya. — Bernama 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts