GHAH kutuk penahanan tiga lelaki kerana papan iklan 'Bebas Anwar'

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 01 Jan 2017 02:01:10

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) mengutuk siasatan polis di bawah Akta Hasutan 1948 terhadap tiga lelaki yang meletakkan papan iklan ‘Bebaskan Anwar’ di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketiga-tiga mereka ditahan Jumaat lalu apabila cuba meletakkan papan iklan berkenaan yang bertujuan mempromosikan himpunan solidariti terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari.

Penyelaras GHAH Amir Abd Hadi berkata polis bertindak menahan mereka atas alasan “menghasut rakyat untuk berhimpun dan mencetuskan kekecohan”.

“GHAH menyeru agar pihak berkuasa berhenti menggunakan akta ini dengan alasan yang hanya diandaikan oleh pihak berkuasa.

“Akta lapuk ini sepatutnya dimansuhkan dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya ke atas rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi untuk melenyapkan kritikan dan meneruskan kekuasaan kerajaan pemerintah,” katanya.

Amir juga menggesa semua tuduhan terhadap mereka digugurkan dan Akta itu sendiri dimansuhkan tanpa menggantikannya dengan akta yang sama zalim.

Jumaat lalu, polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan terhadap pemasangan papan iklan berhubung himpunan berkenaan.

Program itu diadakan serentak dengan kehadiran Anwar di mahkamah Pulau Pinang pada 9 hingga 12 Januari.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata tiga lelaki berusia 50-an itu ditahan ketika memasang papan iklan berkenaan di Jalan Baru, Perai.

Selain itu, tiga lagi papan iklan yang dipasang di Alma, Bukit Teh dan Permatang Tinggi juga diturunkan oleh polis.

Setiausaha Umno bahagian Bukit Mertajam Mohd Fauzi Sharif, berkata satu laporan polis telah dibuat agar tindakan tegas diambil.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts