Shia Labeouf dan Mia Goth Dikahwinkan Di Las Vegas Oleh Individu Tampil Seperti Elvis

by Oh! Semput


24
SHARES
318
VIEWS
Posted on 11 Oct 2016 08:00:27

Shia Labeouf dan Mia Goth dilaporkan telah pun berkahwin di Las Vegas dalam upacara tertutup dan mereka dikahwinkan oleh seorang individu yang tampil mirip mendiang Elvis Presley.

1

Pasangan selebriti Hollywood ini dilaporkan berkahwin di sebuah gereja di Viva Las Vegas yang terkenal dengan perkahwinan berkostum. Antara pakej kostum yang disediakan termasuklah pakej Elvis dan Alice Cooper atau ada juga yang bertemakan mafia dan gladiator.

Pelakon utama Transformer ini serta pasangannya yang juga seorang aktres dan model tampil dengan tema gabungan Elvis dan Hawaii. Mia yang dipandu ke gereja berkenaan dengan sebuah Cadillac berona pink bersama seorang individu berpakaian Elvis. Boleh dilihat di situ yang mana perkahwinan pasangan ini ternyata lebih ringkas dan santai.

58th BFI LFF: Fury - European Premiere held at the Odeon Leicester Square. Featuring: Shia LaBeouf,Mia Goth Where: London, United Kingdom When: 19 Oct 2014 Credit: Daniel Deme/WENN.com

Gambar : TPGimages

Labeouf dan Goth mula berkenalan pada tahun 2012 selepas bertemu di set penggambaran filem Nymphomaniac: Volume II. Meskipun pasangan ini pernah satu ketika mengundang perhatian ramai apabila bergaduh di tempat awam pada tahun lalu, namun Goth dilihat masih menyarung cincin pertunangannya pada bulan Mac lalu.

Anda boleh tonton video yang dirakamkan ketika perkahwinan tema Elvis dan Hawaii Shia Labeouf dan Mia Goth di bawah:

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts