LAMPARD UMUM PERSARAAN PADA USIA 38 TAHUN

by Oh! Semput


10
SHARES
135
VIEWS
Posted on 04 Feb 2017 02:00:45

LONDON – Bekas pemain kebangsaan England dan bintang tengah Chelsea, Frank Lampard akhirnya mengumumkan persaraannya pada usia 38 tahun, menyaksikan kariernya bakal dikenang sebagai salah seorang jentera terbaik dalam kancah Liga Perdana Inggeris.

Lampard bagaimanapun tidak mendedahkan perancangan masa depannya, sebaliknya berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris kerana telah memberikannya peluang untuk dia memperoleh sijil kejurulatihan dan berupaya berhijrah ke bidang pengurusan.

Pemegang rekod penjaring terbanyak Chelsea itu berkata, dia terpaksa menolak beberapa tawaran daripada pasukan lain yang ingin membawanya kembali ke Britain.

Malah, pengurus Swansea Paul Clement mendedahkan, dia tidak berjaya mendapatkan khidmat Lampard pada Januari lalu bagi membantu pasukannya yang sedang bergelut dalam Liga Perdana Inggeris.

“Selepas 21 tahun yang luar biasa, saya telah memutuskan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya menamatkan kerjaya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

“Saya amat berbangga dengan piala yang saya menangi, dapat mewakili negara lebih 100 kali dan menjaringkan lebih 300 gol sepanjang kerjaya saya,” ujar Lampard menerusi Facebook.

Lampard berhijrah ke New York City FC pada 2015, selain pernah menyarung jersi kelab Liga Perdana, Wesh Ham dan Manchester City.

Bagaimanapun, Chelsea merupakan satu-satunya kelab yang telah menyinarkan bintang itu sehingga dia berupaya memegang gelaran pemain prolifik.

Dia meledak 211 jaringan untuk skuad Blues dan sering kali mencatat kemenangan dalam perlawanan besar, termasuk menjaringkan gol pada 2005 untuk Chelsea meraih gelaran juara Liga Perdana buat kali pertama sejak 50 tahun yang lalu.

“Sudah tentu, sebahagian besar jiwa saya kepunyaan Chelsea, kelab yang telah memberikan saya kenangan terindah.

“Saya tidak akan melupakan peluang yang telah mereka berikan kepada saya. Ini kejayaan kami bersama.

“Adalah mustahil untuk saya mengucapkan rasa syukur secara individu kerana semua orang telah membantu dan menyokong saya dalam tempoh 13 tahun selama saya beraksi di sana,” katanya lagi. – AFP

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts