DJI Lancar Dron Avata 360, Harga Dari RM2,599

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 27 Mar 2026 11:00:26

DJI hari ini mengumumkan pelancaran Avata 360, dron flagship dengan sensor 1 inci yang berupaya membuat rakaman video 8K/60fps HDR.

Avata 360 membuka dimensi baharu kreativiti udara dengan rakaman yang  mampu menghasilkan pelbagai perspektif.

Avata 360 menawarkan mod fleksibel iaitu lensa boleh tukar untuk penggambaran 360° penuh atau lensa tunggal yang sesuai untuk pelbagai gaya penggambaran.

Antara ciri utamanya adalah sistem transmisi O4+ Full HD memastikan visual stabil walau sejauh 20km serta pelindung kipas terbina.

Ia turut dilengkapi penderiaan halangan pelbagai semua arah membolehkan drone ini menjejak dengan dinamik, menghasilkan shot FPV dan aerial yang menakjubkan.

Pelancaran DJI Avata 360 ini dibuat tidak lama selepas dron Antigravity A1 dilancar di Malaysia.

Avata 360 kini boleh dipra pesan sehingga 28 April 2026 dengan harga bermula RM2,599 dari stor rasmi di:

{suggest}

DJI Lancar Dron Avata 360, Harga Dari RM2,599 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts