Pas lancar tabung khas biayai kos saman Clare Brown

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 01 May 2017 04:01:57

ALOR SETAR: Pas hari ini melancarkan tabung kutipan khas bagi membiayai kos saman yang difailkan ke atas Pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata setiap ahli akan diminta untuk menderma sekurang-kurangnya RM5.

"Kos bagi proses saman ini adalah sangat besar dan kita sudah membelanjakan RM200,000.

"Oleh kerana nilai duit Malaysia lebih rendah, Pas perlu menyaman dalam mata wang pound sterling di London," kata Tuan Ibrahim. pada majlis pelancaran tabung kutipan sempena Muktamar PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah hari ini.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan tindakan saman itu penting demi menjaga maruah Pas yang tercalar akibat laporan dalam Sarawak Report.

Saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi London pada 21 April melalui peguam Carter-Ruck.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts