Landasan KLIA Ditutup Sementara Selepas Tayar Pesawat MAS Mengempis Semasa Mendarat

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 02 May 2017 06:00:37

Landasan

KLIA : Satu landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditutup sehingga diberitahu kelak selepas tayar pesawat Malaysia Airlines (MAS) mengempis semasa mendarat.

“Dua tayar penerbangan Malaysia Airlines MH726 dari Jakarta hari ini mengempis selepas mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 7.13 pagi.

“Landasan 2 di KLIA akan ditutup sehingga diberitahu kelak,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

Penumpang dan anak kapal selamat turun dari pesawat dan telah dipindahkan ke terminal dengan bas.

Bagasi dan barang-barang mereka juga dihantar ke terminal menggunakan bas.

“Syarikat penerbangan ini akan menyiasat punca kejadian yang berlaku terhadap pesawat Boeing 738,” kata MAS.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts