“Lantak Lah Nak Gaduh Ke Nak ‘Leak’ Ke, Tugas Saya Dah Selesai” – Peguam Alan Razak Mewakili Emira Delyati Dewi

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 23 Aug 2026 06:31:08

Peguam yang pernah mewakili Emira Delyati Dewi, Alan Razak, tampil menegaskan bahawa beliau tidak akan lagi mengeluarkan sebarang kenyataan atau penjelasan berhubung isu yang sebelum ini menjadi perhatian ramai.

Menerusi hantaran di media sosial, Alan berkata kenyataan yang dibuat sebelum ini merupakan kenyataan pertama dan terakhir daripadanya mengenai perkara tersebut.

Advertisement

Peguam dewi

“I have said before that my statement on the matter was the first and the last I would make. There will be neither further statements nor clarifications to be issued on my part.”

Alan turut menjelaskan bahawa beliau kini tidak lagi mempunyai sebarang kapasiti untuk bertindak bagi mana-mana pihak dalam perkara berkenaan.

“Saya sudah tidak berkapasiti apa-apa lagi. Saya bebas mewakili sesiapa, hatta pihak lawan dalam kes terdahulu.”

Kenyataan tersebut dibuat ketika isu membabitkan Cik Epal dan Dewi kembali menjadi perhatian selepas kes saman antara kedua-dua pihak sebelum ini diselesaikan secara baik.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa dokumen yang didakwa mempunyai kaitan dengan prosiding kes melibatkan Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam turut tersebar di media sosial sejak semalam.

Bahan yang dikongsikan itu mencetuskan pelbagai reaksi apabila netizen mendakwa terdapat pendedahan mengenai konflik rumah tangga pasangan tersebut. Antara yang menjadi perhatian termasuk beberapa tangkap layar perbualan serta dakwaan mengenai barangan tertentu.

Satu-Satu Pendedahan Muncul, Dokumen Kes Cik Epal & Jofliam Buat Netizen Terkejut – “Remuk Hati Tengok Video Tu…”

 

Kembali kepada kenyataan Alan, bekas peguam Dewi itu turut memberi respons terhadap individu yang masih mengaitkannya dengan isu berkenaan.

“Kalau nak tag, tag kedai makan mana ada jual belangkas di KL ni. Itu memang kapasiti saya tak pernah habis.”

Dalam pada itu, Alan mengakhiri kenyataannya dengan ucapan terima kasih dan sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan susulan mengenai perkara tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-08-23 08:56:42

Satu-Satu Pendedahan Muncul, Dokumen Kes Cik Epal & Jofliam Buat Netizen Terkejut - "Remuk Hati Tengok Video Tu..."

“Lantak Lah Nak Gaduh Ke Nak ‘Leak’ Ke, Tugas Saya Dah Selesai” – Peguam Alan Razak Mewakili Emira Delyati Dewi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts