Robot Di China Berjaya Pecahkan Rekod Larian 100m Usain Bolt

by Oh! Semput


5
SHARES
67
VIEWS
Posted on 23 Aug 2026 10:30:55

Di China, pembangunan robot bergerak dengan sangat pantas, dan untuk memperlihatkan keupayaannya, pelbagai syarikat menyertai World Humanoid Robot Games di Beijing yang mempertandingkan pelbagai acara sukan melibatkan robot.

Salah satunya adalah acara larian 100 meter. Pada acara berkenaan, robot yang dibangunkan oleh Beijing Humanoid Robot Innovation Center memenangi acara larian 100 meter, dengan rekod hanya 9.39 saat.

Sementara robot yang dibangunkan oleh Honor pula menduduki tangga kedua acara larian 100 meter dengan kelajuan 9.47 saat. Kedua-dua robot ini juga mengatasi rekod yang dipegang oleh Usain Bolt sebelum ini pada kelajuan 9.58 saat. Walaubagaimanapun, sejumlah robot ini walaupun boleh memecut dengan pantas, namun ia masih mempunyai had untuk berhenti dengan baik selepas tamat larian.

Pada acara kejohanan sukan robot yang diadakan di China buat kali kedua ini, lebih 2,000 robot menyertainya, dan mempertontonkan keupayaan perkembangan teknologi terutamanya dalam bidang robotik. Kejohanan kali ini juga memperlihatkan perkembangan drastik dalam arena ini, disamping beberapa peserta adalah dari negara luar China, termasuk dari Jerman dan Jepun.

Sebelum ini, robot Honor turut telah mencatatkan rekod pada acara maraton, dan turut akan membuat kemunculan di Malaysia bersempena perarakan Hari Kebangsaan 31 Ogos 2026.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts