Lebih Separuh Di Eropah Mengaku ‘Terintai’ Skrin Telefon Orang Lain

by Oh! Semput


7
SHARES
93
VIEWS
Posted on 02 Apr 2026 04:00:20

Kajian terbaru mendedahkan lebih separuh rakyat Eropah pernah secara tidak sengaja melihat skrin telefon orang lain di tempat awam, manakala hampir satu perempat mengaku melakukannya kerana rasa ingin tahu.

Situasi terintai ini pula didapati paling kerap berlaku di pengangkutan awam (57%), diikuti ketika beratur (35%) dan di kafe atau restoran (13%).

Walaupun 48% pengguna berasa yakin penggunaan telefon mereka adalah peribadi, realitinya 52% mengakui mudah sahaja melihat skrin orang lain.

Malah, 49% pengguna pernah berasa diperhatikan ketika menggunakan telefon.

Antara kandungan yang sering terlihat termasuk foto peribadi (38%), panggilan video (33%), mesej peribadi (29%), media sosial (27%), pembelian dalam talian (17%), aplikasi temu janji (12%) dan maklumat perbankan (11%).

Reaksi pengguna pula berbeza dengan 28% memilih untuk terus menggunakan telefon, 27% segera mengalihkan pandangan, manakala 7% mengaku terus memerhati secara senyap.

Namun, 42% memilih berhenti menggunakan telefon apabila berasa diperhatikan.

Selain itu, ramai juga mengelak melakukan aktiviti sensitif pada telefon pintar semasa berada di tempat awam seperti urusan bank (62%), memasukkan kata laluan (49%) atau membaca mesej pasangan (43%).

Kajian ini hasil daripada tinjauan ke atas 11,000 pengguna telefon pintar (1,000 dalam setiap pasaran) di seluruh UK, Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali, Sweden, Denmark, Finland, Norway, Belanda dan Belgium yang dijalankan oleh Censuswide.

{suggest}

Lebih Separuh Di Eropah Mengaku ‘Terintai’ Skrin Telefon Orang Lain WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts