Kuala Terengganu - Sanggupnya seorang manusia bertindak kejam terhadap makhluk ciptaan Tuhan yang comel ini. Seekor kucing menderita akibat diikat di lehernya sehingga kulit sekeliling leher tersiat menampakkan luka.
Kedalaman luka di leher kucing jantan itu dipercayai telah lama terluka dan kejadian ini berlaku di Jalan Tekukur, Taman Hajjah Kalsom, Kuala Terengganu.
Satu video yang telah dimuat naik oleh seorang pemilik akaun facebook, Nurnadia Abdul Wahab telah mendapat perhatian netizen dengan ribuan orang telah menonton kejadian ini ketika bapa Nurnadia sedang memotong pengikat kabel di leher kucing itu yang diberi nama 'Abang'.
Menurut Nadia lagi, pada hari kejadian Abang telah mengiau di hadapan rumahnya dan adik Nadia ternampak pengikat kabel di lehernya yang didapati cedera teruk dan terus memanggil bapanya untuk memotong kabel berkenaan.
Kucing berkenaan adalah kucing terbiar dan Nadia pernah memanggilnya masuk ke rumah namun Abang tidak menghiraukannya kerana kucing-kucing yang ada di rumah Nadia agak garang, sehinggalah hari kejadian Abang datang ke rumah Nadia.
Nadia telah membawa Abang ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Menurut Doktor luka pada leher Abang tidak perlu lagi dijahit namun harus mencuci lukanya setiap 3 hari untuk mengelakkan jangkitan kuman.
"Sesiapa yang buat Abang macam itu memang sampai hati. Berdebar saya tengok keadaan luka dia macam itu," katanya.
Nurnadia bercadang untuk terus memelihara abang memandangkan dia sekeluarga memang pencinta kucing sejak sekian lama.
Video Leher Kucing Tersiat Kulit:
Harian Metro