by Oh! Semput
Demam Formula 1 kini meresap ke dunia fotografi premium dengan kemunculan Leica Q3 43 Formula 1 Edition. Kamera edisi khas ini mengekalkan DNA Leica Q3 yang sinonim dengan kualiti lensa dan reka bentuk ikonik namun tampil dengan sentuhan eksklusif bertemakan perlumbaan berprestij dunia.

Secara asasnya, Leica Q3 43 Formula 1 Edition masih berasaskan Leica Q3 standard maka prestasi lensa, sensor dan mekaniknya tetap sama seperti model asal. Keistimewaan edisi ini terletak pada rekaan luaran serta penggunaan bahan eksklusif yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan Formula 1.


Melaluinya, lapisan Microvelour anti-slip yang diinspirasikan daripada stereng kereta perlumbaan digunakan untuk memberikan cengkaman dan rasa mewah. Logo Formula 1 turut menghiasi bahagian plat atas dan penutup kanta bagi menambah identiti khas. Bahagian luar kamera pula menggunakan gentian karbon asli, iaitu bahan ikonik dalam dunia automotif kerana sifatnya ringan dan kukuh.

Turut disediakan ialah pilihan “Formula 1 look” dalam aplikasi Leica FOTOS yang menghasilkan gambar dengan kontras lebih tinggi serta warna lebih tepu sesuai untuk suasana trek perlumbaan. Kesan ini turut boleh dilihat secara langsung melalui pemidang pandang ketika mengambil gambar dan bukan hanya selepas proses suntingan. Kamera edisi eksklusif ini kini telah disenaraikan di Leica Malaysia dengan harga RM40,290,