Anak lelaki Benazir Bhutto azam rampas kerusi Perdana Menteri

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 04 Dec 2016 08:01:00

ISLAMABAD: Pengerusi Parti Rakyat Pakistan (PPP), Bilawal Bhutto Zardari mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya di kerusi ibunya, bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto, di Larkana.

Beliau turut menetapkan sasaran untuk menjadi Perdana Menteri Pakistan pada 2018, menurut laporan media.

Bilawal, satu-satunya anak lelaki bekas Perdana Menteri yang mati dibunuh itu, pada awalnya berkata akan bertanding pada pilihan raya kecil atau pilihan raya umum, yang mana akan dilaksanakan dahulu.

Pada perhimpunan di Lahore, Bilawal mengecam Perdana Menteri Nawaz Sharif, berkata Perdana Menteri itu tidak tahu mentadbir negara.

“Masa akan tiba apabila bendera PPP akan berkibar di rumah semua ketua menteri, perdana menteri dan presiden Pakistan.

“Dengan sokongan semua, saya akan menjadi Perdana Menteri Pakistan pada 2018,” kata pemuda berusia 28 tahun itu.

Bilawal, yang menjadi ketua PPP pada namanya kerana kuasa sebenar di tangan bapanya, Asif Ali Zardari, layak bertanding pada pilihan raya tiga tahun lalu selepas genap berusia 25 tahun. – AGENSI

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts