Lelaki Maut Dipercayai Akibat Renjatan Elektrik Dalam Kebakaran Kilang Kitar Semula

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 28 Jun 2026 11:31:36

Seorang lelaki warga asing maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan sebuah kilang kitar semula di Batu 2, Kampung Durian, petang Sabtu.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Alpian Abdullah pada mulanya diberikan rawatan kecemasan oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke hospital. Bagaimanapun, beliau disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.09 petang sebelum menggerakkan seramai 21 pegawai dan anggota ke lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai.

Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah kilang kitar semula jenis tidak kekal sedang marak terbakar dengan kemusnahan dianggarkan mencecah 90 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan bekalan air daripada pili bomba berhampiran serta sumber air terbuka bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.

“Seorang mangsa dilaporkan terkena renjatan elektrik dalam kejadian itu sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan dan dihantar ke hospital. Namun mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.38 malam, manakala anggota bomba meneruskan kerja-kerja overhaul bagi memadamkan sisa bara api dan memastikan tiada risiko kebakaran berulang.

Punca kebakaran serta bagaimana mangsa terkena renjatan elektrik masih dalam siasatan pihak berkuasa. Pemeriksaan forensik turut dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang mencetuskan insiden tersebut.

Pihak bomba turut mengingatkan pemilik premis industri supaya sentiasa memastikan sistem pendawaian elektrik dan langkah keselamatan kebakaran diselenggara dengan baik bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengancam nyawa serta menyebabkan kerugian harta benda.

Lelaki Maut Dipercayai Akibat Renjatan Elektrik Dalam Kebakaran Kilang Kitar Semula first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts