Lelaki Disyaki Perancang Kes Bunuh Bill Kayong Ditahan

by Oh! Semput


HOME Posted on 13 Dec 2016 22:01:18



KUALA LUMPUR – Polis hari ini menahan seorang lelaki disyaki perancang utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Suspek lelaki disyaki perancang utama dalam kes pembunuhan itu ditahan di KLIA petang tadi,” katanya kepada Bernama.

Khalid turut mengucapkan syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak susulan perkembangan itu.

“Syabas JSJ @PDRMsia Sarawak berjaya kesan dan tangkap perancang utama pembunuhan Bill Kayong di KLIA sebentar tadi. #GoPDRMGo,” kata Khalid dalam laman Twitter beliau.

Kayong, 43, ditembak mati pada 21 Jun lepas ketika berada dalam kenderaan pikap di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuala Baram dekat Lutong, Miri. – BERNAMA

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...