Lelaki Ini Gabungkan 8 Siri Filem Harry Potter Menjadi Sebuah Filem Berjudul Wizardhood

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 29 Nov 2016 08:00:23

Jika anda diberikan pilihan 18 jam atau 78 minit untuk menonton ke semua siri filem Harry Potter, yang mana satu pilihan anda?

capture-20161129-151304

Tim Stiefler seorang pengguna laman sesawang Vimeo berjaya menghasilkan sebuah filem gabungan ke semua siri Harry Potter menjadi sebuah filem dan dinamakan Wizardhood.

Gabungan filem tersebut mengambil masa hanya 78 minit berbanding dengan 18 jam keseluruhan siri Harry Potter. Beberapa minit terawal menayangkan permulaan dari babak siri Sorcerer’s Stone dan kemudiannya masuk ke dalam episod Chamber of Secrets serta Prisoner of Azkaban menerusi peralihan babak perlawanan sukan Quidditch.

Kemudiannya ia dilanjutkan dengan siri seterusnya. Ini sekaligus menjadikan yang Stiefler peminat nombor satu filem bersiri itu pabila dilihat pada kerajinan melampaunya. 

Jika anda seorang peminat setia filem Harry Potter, mungkin ini adalah salah satu hasil gabungan filem yang patut anda tonton. Bahkan, jika anda seorang yang ingin mengikuti akan filem dunia magis ini tetapi tidak mahu mengambil terlalu banyak masa untuk menonton 8 siri itu, mungkin filem 78 minit ini satu pilihan yang tepat.

EH! kongsikan filem Wizardhood gabungan lapan siri filem Harry potter di bawah. Selamat menonton!

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts