by Oh! Semput
Sadiq Patel berdoa di sisi Renee Rachel Black di depan kalungan dan jambakan bunga di Dataran Albert di Manchester, 24 Mei 2017. — Foto ReutersMANCHESTER, 25 Mei — Seorang lelaki Islam menenangkan wanita tua Yahudi dan berdoa di sisinya sebagai mengenang insiden bom di sini Isnin lalu.
Sadiq Patel meredakan kesedihan Renee Rachel Black, yang jelas kelihatan tertekan, di majlis tribut bunga di tengah Manchester semalam, lapor Reuters.
Seramai 22 orang terbunuh dan 59 orang cedera apabila seorang pengebom bunuh diri menyerang di hujung konsert penyanyi terkenal Ariana Grande.
Sadiq kemudian memimpin wanita itu pergi di satu tangan, sementara satu lagi tangannya membawa kerusi Black.
Salman Abedi, pemuda Britain keturunan Libya, dinamakan sebagai suspek pengebom yang menyerang dewan Manchester Arena, lokasi konsert tersebut.
Dalam kejadian itu, letupan kedengaran di akhir konsert penyanyi terkenal Amerika Syarikat itu sewaktu pengunjung berpusu-pusu keluar.
Ledakan itu dilaporkan di bahagian pintu depan dewan. Peminat kanak-kanak dan remaja Grande dan ibu bapa mereka yang menunggu di situ antara mangsa serangan.
Keganasan terbesar di Britain yang mengorbankan 52 orang terjadi pada Julai 2005. Ia melibatkan empat pengganas beragama Islam warga negara itu.