Lelaki Kecewa Bercinta Buat Bom Ugut Bekas Kekasih

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 02 Dec 2016 02:01:05

GARA -gara kecewa selepas ditinggalkan oleh teman wanitanya, seorang lelaki di China telah membuat bom palsu daripada sosej, semata-mata untuk mengugut wanita berkenaan agar kembali kepadanya.

Lelaki itu, yang berasal dari utara China, mengancam untuk meletupkan wanita berkenaan dan keluarganya sekiranya bekas kekasihnya itu enggan bertemu atau bercakap dengannya.

Perbuatan lelaki itu kemudiannya telah dilaporkan kepada polis oleh kakak kepada bekas kekasihnya. Dia akhirnya ditahan dan didakwa cuba membahayakan keselamatan orang awam.

Kisah lelaki itu turut diperkatakan dalam media sosial dengan ramai yang menyifatkan dia bodoh dan atas sebab itulah kekasihnya meninggalkan dia.

Netizen rata-ratanya tidak langsung bersimpati dengan lelaki itu sebaliknya secara sinis mencadangkan dia supaya menggantungkan sahaja telefon bimbit Samsung Galaxy Note 7 di badannya.

Samsung sebelum ini telah menarik lebih 2.5 juta telefon bimbit berkenaan kerana masalah bateri hingga mengakibatkan beberapa insiden kebakaran.

Malah beberapa syarikat penerbangan mengeluarkan larangan kepada penumpang dan anak kapal daripada membawa masuk telefon Note 7 itu ke dalam pesawat. – mynewshub.cc

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts