Lelaki Beli Kereta Baru Guna 100,000 Duit Syiling

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 26 Nov 2016 04:00:29


China - Seorang lelaki di Zhengzhou, membuat satu kejutan apabila pergi ke sebuah kedai menjual kereta Toyota di sini dengan membawa berguni-guni duit syiling untuk membeli kereta Toyota Prado.

Empunya kedai gandum yang dikenali dengan nama Guo itu membayar kereta berkenaan dengan 100,000 duit syiling satu yuan, 50 sen dan 10 sen.

Portal Metro.co.uk melaporkan, Guo juga membawa berkarton-karton wang kertas tetapi dengan nilai yang kecil iaitu satu yuan sahaja.

Biarpun terkejut, syarikat menjual kereta itu menerima bayaran tersebut dan seramai empat pekerja dikerahkan untuk mengira. Proses mengira mengambil masa kurang dari 12 jam

Namun tidak dapat dipastikan sama ada keseluruhan wang yang dibawa oleh Guo digunakan untuk membayar kereta tersebut secara penuh atau deposit.


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts