“Lelaki Lembik, Tinggal Je Kak!” – Netizen Berang Suami Mengamuk Tinggal Anak Depan Tempat Kerja Isteri

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 17 Jun 2026 03:02:32

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai suami kepada pekerja sebuah rangkaian restoran makanan segera bertindak mengamuk di hadapan premis berkenaan sambil meminta isterinya pulang.

Difahamkan, lelaki tersebut turut membawa bersama anak mereka ketika kejadian berlaku.

Advertisement

ds

Video itu bagaimanapun mengundang kemarahan ramai netizen yang menyifatkan tindakan lelaki berkenaan sebagai tidak wajar kerana memalukan isterinya di tempat kerja.

Seorang netizen berkata, sekiranya seseorang suami mahu isterinya memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga di rumah, dia seharusnya menyediakan sumber kewangan yang mencukupi terlebih dahulu.

“Heiiii.. mat… Kalau nak bini tu duduk umah jaga anak… Kau keje lah gaji banyak skit… Kalau dah tahu gaji ciput sampai bini pon nak kena keje sekali.. kau kena paham lah.. balik umah bini kau nak kena masak lagi.. basuh baju lagi, kemas rumah,” tulisnya.

Malah, ramai turut meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut yang disifatkan sedang berusaha mencari rezeki untuk keluarga.

“Aku cukup anti dengan manusia tak reti jaga air muka partner dia dekat tempat awam. Kau ingat kau nampak cool and hebat ke?”

“Semoga kakak tu Allah buka jalan terbaik untuk dia dan anak,” tulis seorang lagi netizen.

Setakat ini, identiti individu yang terlibat serta punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

df
2026-06-16 09:42:10

Isu VBAC Intan Najuwa Jadi Panas, Dr Malar Dipersoal Netizen Lepas Bandingkan 'Mindset' Wanita Melayu - "Tak Semua Kena Bawa Isu Kaum"

“Lelaki Lembik, Tinggal Je Kak!” – Netizen Berang Suami Mengamuk Tinggal Anak Depan Tempat Kerja Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts