Bagi lelaki, kehidupan sebenar mereka bermula apabila meningkat usia 40 tahun. So, kiranya sebelum cecah usia 40-an, boleh lagi berseronok.
Disebabkan itu, ramai lelaki yang sudah berusia 30-an masih lagi bujang kerana kurang gemar jika kehidupan mereka disekat.
Tapi, takkan la usia nak masuk 30 tahun nak buat perangai macam 20 tahun? Bukan ke dah patut tingkatkan diri ke tahap yang lebih baik?
So, untuk jejaka-jejaka diluar sana, tinggalkan 8 tabiat ini sebelum menginjak usia 30 tahun!
1. Pengambilan makanan segeraApabila usia meningkat,dah tiba masa untuk lebih peka penjagaan kesihatan.Elakkan makanan segera dan belajar masak sendiri. Jangan asyik bedal McDonald dengan KFC je
2. BergaduhRasanya, usia macam ni dah tak sesuai nak cari gaduh. Kalau ye pun ada masalah atau tengah marah sangat, selesaikan dengan cara baik.
3. Permainan videoTak salah nak main permainan video, tapi janganlah sampai taksub atau ketagih sampai tak boleh fokus dengan benda lain yang jauh lebih penting.
4. Isu komitmenKalau masa usia 20-an boleh la lagi main-main sampai ada banyak kekasih. Tapi bila dah capai usia 30-an, dah tiba masa untuk tetapkan komitmen dengan seorang wanita.
5. Memandu secara cuaiLanggar lampu isyarat merah, pecut kenderaan dengan laju atau menjerit kepada pemandu lain. Jika anda berusia 30-an tapi masih lakukan perkara sebegini, itu menunjukkan anda masih belum matang.
6. Takut doktorYang ni memang terjadi. Ada yang dah tua bangka sampai umur cecah 30-an tapi masih takut nak jumpa doktor. Lebih parah jika ada yang takut nak makan ubat!
7. KedekutSesekali tu bayarkan la bil makanan rakan-rakan anda. Selalunya deorang makan dekat mamak je. Apa sangat la nak tolong bayarkan.