Lelaki Sakit Mental Sembuh Lepas ‘Layan’ Lagu Anuar Zain

by Oh! Semput


7
SHARES
86
VIEWS
Posted on 06 Dec 2016 07:01:22

Hebatnya tarikan seorang penyanyi apabila lagu-lagu yang dialunkan dan dilontarkan berjaya menyembuhkan penyakit seseorang.

Perkara ini terbukti apabila penyanyi popular, Anuar Zain berkongsi cerita mengenai seorang lelaki yang mengalami sakit mental berjaya sembuh selepas mendengar lagu-lagunya.

Mstar melaporkan pelontar lagu ‘Bila Resah’ ini mempercayai sesebuah lagu mampu menjadi terapi jiwa seandainya karya yang diketengahkan itu mempunyai kualiti dan nilai sentimentalnya sendiri.

Anuar menjelaskan, kakaknya, Ziana Zain pernah menceritakan seorang suami yang pernah ditahan di wad pesakit mental beransur pulih setelah mendengar lagunya kerana memberikan inspirasi dalam kehidupan lelaki tersebut.

Menurutnya, lelaki tersebut mendapat inspirasi menerusi lagu-lagu dari sebuah album lama Anuar dan mendengarnya ketika menerima rawatan di dalam wad.

“Cerita itu benar-benar memberi inspirasi kepada saya sekali gus mengubah persepsi saya selama ini bahawa fungsi sesebuah lagu itu tidaklah sekadar satu hiburan untuk peminat malah terapi jiwa bergantung pada situasi dan keadaan,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts