Lelaki Maut Selepas Lori Simen Terbalik Di Keningau

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 03 Oct 2026 08:00:38

Seorang lelaki berusia 40 tahun maut selepas lori simen yang dinaikinya terbabas sebelum terbalik di bahu jalan di Jalan Kampung Bariawa Ulu, Keningau, Sabah, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan terperangkap di dalam lori yang terbalik dan hanya berjaya dikeluarkan selepas pasukan penyelamat menggunakan bantuan lori kren untuk mengangkat kenderaan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 7.02 pagi sebelum menggerakkan 10 anggota bersama sebuah jentera FRT dan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.

Pasukan bomba tiba kira-kira jam 7.10 pagi dan mendapati sebuah lori simen terbabas sendiri sebelum terbalik di bahu jalan. Berdasarkan maklumat orang awam, seorang mangsa dipercayai masih terperangkap di dalam kenderaan terbabit.

Usaha mengeluarkan mangsa kemudian dijalankan, namun keadaan lori yang terbalik menyebabkan operasi memerlukan bantuan kren. Sebuah lori kren tiba di lokasi kira-kira jam 10.34 pagi sebelum kerja mengangkat kenderaan dilakukan bagi memudahkan pasukan penyelamat mengakses bahagian dalam lori.

Mangsa berjaya dikesan kira-kira jam 10.38 pagi. Pemeriksaan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudiannya mengesahkan lelaki berkenaan telah meninggal dunia.

Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 10.58 pagi sebelum pemeriksaan akhir dilakukan oleh pasukan penyelamat bagi memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat.

Operasi turut mendapat bantuan daripada 10 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua petugas KKM. Punca sebenar lori berkenaan terbabas masih belum diperincikan dan siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa.

Lelaki Maut Selepas Lori Simen Terbalik Di Keningau first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts