“Saya Merayu Sangat-Sangat” – Mukhriz Minta Orang Ramai Beri Ruang, Usah ‘Tekan’ Tun Dr Mahathir

by Oh! Semput


6
SHARES
82
VIEWS
Posted on 02 Oct 2026 06:30:56

Datuk Seri Mukhriz Mahathir merayu orang ramai agar memberi ruang dan masa kepada bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melalui tempoh dukacita selepas kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menurut Mukhriz, pemergian Allahyarham masih memberi kesan mendalam kepada bekas Perdana Menteri itu memandangkan pasangan berkenaan telah melalui kehidupan bersama selama kira-kira 70 tahun.

Advertisement

“Tun Mahathir seperti mana yang kita boleh lihat, belum sampai seminggu menghadapi pemergian isteri kesayangan beliau yang telah bersama selama 70 tahun. Tentu akan mengambil masa untuk beliau betul-betul menerima hakikat bahawa Allahyarham bonda sudah tidak bersama kita lagi.

“Saya rasa apa yang berlaku sekarang sedikit sebanyak merupakan manifestasi kepada keadaan emosi dan kesihatan beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Bacaan Tahlil dan Yasin Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, pada Khamis.

Setiap sudut rumah mengingatkan kepada Allahyarham

Mukhriz turut berkata berada di kediaman keluarga bukan sesuatu yang mudah buat Tun Dr Mahathir ketika ini kerana banyak perkara di rumah boleh mengingatkannya kepada Allahyarham.

Atas faktor itu, beliau berpandangan bapanya lebih baik berada di Institut Jantung Negara (IJN) buat sementara waktu sehingga keadaannya bertambah baik.

“Saya kira kalau duduk di rumah pun, setiap benda yang beliau pandang akan mengingatkan beliau kepada arwah bonda. Jadi mungkin lebih baik beliau berada di IJN dahulu sehingga betul-betul pulih.

“Hari ini pun beliau sudah pergi menziarahi pusara Allahyarham dan itu satu perkembangan yang baik,” katanya.

Tun Dr Mahathir dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian pada 30 September, dua hari selepas pemergian isterinya. Bagaimanapun, kenyataan mengenai kemasukan beliau ke hospital tidak memperincikan keadaan perubatannya.

“Jangan tekan beliau sangat”

Dalam pada itu, Mukhriz berharap semua pihak dapat memahami situasi yang sedang dilalui bapanya dan tidak memberikan tekanan berlebihan, terutama berkaitan keadaan yang disifatkannya sebagai emosi selepas kehilangan pasangan hidup.

“Saya merayu sangat-sangat, kalau boleh jangan tekan beliau sangat untuk mengetahui keadaan emosi dan sebagainya.

“Bayangkan jika kita sendiri berada dalam situasi yang sama. Sudah tentu kita juga akan merasai kehilangan yang amat besar. Jadi berilah beliau sedikit ruang dan masa untuk pulih dengan sendiri,” katanya.

Mukhriz berkata keluarganya memahami bahawa proses menerima kehilangan itu memerlukan masa, khususnya selepas Tun Dr Mahathir dan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah melalui kehidupan bersama selama beberapa dekad.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-09-30 10:10:57

(TERKINI) Tun Dr Mahathir Mohamad Dimasukkan Ke IJN - Mukhriz

“Saya Merayu Sangat-Sangat” – Mukhriz Minta Orang Ramai Beri Ruang, Usah ‘Tekan’ Tun Dr Mahathir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts