Google Jepun Bangunkan Gboard ‘Kurukuru’ Dengan Tali Sawat Bergerak

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 02 Oct 2026 11:00:18

Gboard ialah aplikasi papan kekunci untuk telefon pintar dan tablet yang menyediakan ciri-ciri mudah seperti tema, terjemahan, sokongan penyemakan teks, serta keupayaan untuk menetapkan foto kegemaran anda sebagai latar belakang.

Tapi, pasukan Google Gboard dari Jepun membangunkan versi Gboard fizikal dengan memperkenalkan konsep DIY terbaharu yang unik dikenali sebagai Gboard Kurukuru.

Berbeza dengan papan kekunci konvensional yang memerlukan pengguna menggerakkan jari ke arah kekunci, rekaan kreatif ini menggerakkan kekunci secara terus kepada pengguna menggunakan sistem tali sawat bergerak (conveyor belt) seperti eskalator.

Setiap unit tali sawat ini dilengkapi 29 kekunci yang menyokong huruf besar dan kecil, sekali gus membolehkan proses menaip dilakukan dengan pantas menggunakan satu jari atau sebelah tangan sahaja.

Ini memberi kemudahan kepada pengguna untuk melakukan pelbagai tugas lain menggunakan sebelah tangan yang bebas.

Google Jepun Bangunkan Gboard ‘Kurukuru’ Dengan Tali Sawat Bergerak Google Jepun Bangunkan Gboard ‘Kurukuru’ Dengan Tali Sawat Bergerak Google Jepun Bangunkan Gboard ‘Kurukuru’ Dengan Tali Sawat Bergerak

Dilancarkan secara simbolik pada 1 Oktober bagi memperingati tradisi “papan kekunci 101 kekunci”, rekaan ini bukan sahaja hadir sebagai eksperimen sosial yang mencuit hati, malah memecah tradisi reka bentuk peranti input.

Walaupun tiada perancangan untuk jualan komersial dalam masa terdekat, pelan reka bentuknya disediakan secara sumber terbuka (open-source) di platform github bagi membolehkan peminat sains dan peranti DIY membinanya sendiri.

{suggest}

Google Jepun Bangunkan Gboard ‘Kurukuru’ Dengan Tali Sawat Bergerak WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts