Samsung Galaxy SmartTag3 Dilancarkan Dengan Sokongan iOS dan Bateri 790 Hari

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 30 Sep 2026 17:00:32

Samsung Galaxy SmartTag3 akhirnya dilancarkan selepas beberapa kali tertiris serentak dengan Galaxy Tab S12 Ultra dan Tab S12+. Ia kini menggunakan rekaan baharu berbentuk bulat yang 35% lebih kecil dan 33% lebih ringan berbanding SmartTag2. Ia berbentuk bulat dengan bahagian pemegang berasingan diperbuat daripada silikon serta gelung logam.

Ini menurut Samsung menjadikannya lebih mudah dipasang pada kunci, bagasi dan haiwan peliharaan yang ingin dijejak lokasinya. Tubuh melepasi piawaian kalis air dan debu IP67.

Selain menyokong ekosistem Android, buat pertama kali SmartTag juga akhirnya disokong pada peranti iOS. Penjejakan rentas platform dilakukan menerusi SmartThings Find.

Lebih menarik ialah bateri boleh bertahan sehingga 550 hari dalam mod biasa dan sehingga 790 hari dalam mod penjimatan kuasa. Penjejakan dilakukan menggunakan Bluetooth 6.0 dan juga UWB. Mod penjejakan dengan arah kompas kini boleh digunakan sehingga jarak 60 meter kira-kira tiga kali ganda lebih jauh berbanding generasi sebelumnya. Apabila ditetapkan dalam Lost Mode, sentuhan NFC akan memberikan maklumat mengenai pemilik SmartTag3.

Ciri lain yang menarik ialah pengguna boleh menetapkan kawasan SmartTag3 keluar dan masuk dengan notifikasi apabila ini berlaku. Ini bagi mengelakkan kecurian atau mengelakkan haiwan keluar dari kawasan sepatutnya. Ia juga memberikan notifikasi apabila mengesan pergerakan jika perlu. Akhir sekali ia menyimpan sejarah lokasi sehingga 7 hari.

Samsung Galaxy SmartTag3 akan dijual di Korea Selatan bermula 7 Oktober dalam warna hitam dan putih tetapi harga belum diumumkan. Ia akan dijual ke pasaran global bermula 2027

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts