OpenAI Disaman Atas Kejadian Model AI-nya Yang Melakukan Serangan Siber Terhadap Hugging Face

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 30 Sep 2026 17:00:35

Pada bulan Julai lepas, ramai dikejutkan apabila model kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh OpenAI gagal dikawal, dan telah melakukan serangan siber dan pengodaman terhadap platform Hugging Face. Sejak daripada itu, beberapa kes lain turut dilaporkan yang melibatkan model AI yang menyerang dan menggodam perkhidmatan web dan aplikasi lain.

Kini, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan dilihat memfailkan saman ke atas OpenAI disebabkan serangan siber oleh model AI yang tidak terkawal berkenaan. Saman ini juga dilakukan agar pembangun AI berkenaan perlu bertanggungjawab atas pelbagai insiden yang berlaku disebabkan oleh model AI mereka yang tidak berjaya dikawal.

Atas saman ini, OpenAI menyatakan yang mana insiden melibatkan Hugging Face adalah sebuah insiden yang serius dan mereka telah mengambil beberapa langkah sebagai respon terhadap kejadian berkenaan, tetapi menyatakan saman ini tiada merit ke atasnya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts