Lelaki Warga Asing Indonesia Mendakwa Sudah Puluhan Tahun Dia Mengusahakan Kebun Sayur Atas Tanah Sendiri Di Janda Baik, Bentong

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 12 Oct 2026 20:00:30

BENTONG: "Ini tanah saya sendiri, sudah puluhan tahun usahakan," demikian dakwa seorang lelaki warga Indonesia ketika ditanya mengenai kebun sayur diusahakannya di Janda Baik, di sini.

Dia yang memperkenalkan diri sebagai Wak Din (bukan nama sebenar) antara contoh warga asing yang bebas meneroka aktiviti ekonomi di Janda Baik.

Lelaki itu kelihatan acuh tidak acuh ketika ditanya sama ada mempunyai pas lawatan kerja atau sama ada dia memasuki negara ini secara sah.

Namun, daripada gaya perbualannya dengan BH, jelas sekali menunjukkan tahap keselesaan lelaki itu menetap dan menjalankan aktiviti ekonomi di Janda Baik walaupun hanya menghuni sebuah pondok terpencil jauh dari lokasi tumpuan pelancongan di kampung itu.

Persoalannya, bagaimana warga asing boleh sewenang-wenangnya memilik tanah sendiri seperti didakwa Wak Din.

Mengikut Kanun Tanah Negara (KTN) dan dasar Kerajaan Pahang, warga asing tidak boleh memiliki tanah pertanian secara mudah tanpa kelulusan pihak berkuasa negeri.

Dakwaan Wak Din kononnya tanah itu 'miliknya' lebih terarah kepada penerokaan haram atau sewaan secara tidak rasmi daripada penduduk tempatan secara 'Ali Baba'.

Namun isu lebih mendasar adalah keberanian Wak Din sebagai warga asing sewenang-wenangnya membuat dakwaan itu, sekali gus menunjukkan betapa selesanya mereka berada di negara ini.

Mendakwa sudah hampir 30 tahun menetap di perkampungan berkenaan, lelaki itu membina sebuah pondok kecil dihuni bersama seorang rakan di kawasan kebun kacang buncis seluas 0.02 hektar yang diusahakannya.

Lokasi kebun agak jauh dari kawasan perkampungan, namun dalam tempoh dua bulan sahaja, Wak Din mampu menghasilkan sehingga 200 kilogram (kg) kacang buncis sebelum menjualnya kepada pembekal.

"Saya jual dengan harga RM12kg dan saya akan berurusan sendiri dengan pembekal," katanya yang enggan mendedahkan jumlah keuntungan diperoleh hasil kebun diusahakannya itu.

Namun mengambil kira 200kg kacang buncis dijual pada harga RM12 sekilogram, Wak Din mampu meraih pendapatan kasarnya bagi satu musim tuai kira-kira RM2,400.

Penduduk tak selesa

Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian BH yang meluangkan masa seharian di Janda Baik, tidak dinafikan perkampungan di situ mula 'dijajah' pendatang luar.

Warga asing di Janda Baik dapat dilihat di mana-mana, daripada menjadi pelanggan di kedai runcit, minum di kedai kopi dan secara bersahaja menunggang motosikal.

BH sempat berbual dengan beberapa penduduk kampung di kedai kopi bagi mendapatkan maklumat dan mereka mengakui tidak selesa dengan keadaan terbabit.

"Warga asinglah tu yang memandu kereta itu, kata salah seorang penduduk kampung sambil memerhatikan warga asing berhenti di kedai minum sama dan berborak dengan rakan lain.

Persoalan besar adalah sama ada kehadiran warga asing yang menceburi aktiviti ekonomi di Janda Baik memberi kesan kepada penduduk tempatan.

Jika mengusahakan kebun, adakah harga ditawarkan warga asing menindas harga pasaran petani tempatan dan juga sama ada kebun diusahakan mereka adalah tanah ceroboh.

Mengambil kira demografi Janda Baik, tidak dinafikan wujud potensi pencerobohan rizab sungai atau hutan di kawasan tadahan air lokasi itu yang selama ini terkenal sebagai destinasi ekopelancongan. #BeritaHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts