Letupan terbaharu Turki sasarkan tentera elit

by Oh! Semput


7
SHARES
91
VIEWS
Posted on 17 Dec 2016 10:00:12

KEADAAN bas yang terbakar selepas diletupkan oleh suspek pengebom kereta di Bandar Kayseri, hari ini. – Foto AP

ISTANBUL: Seorang suspek pengebom kereta di Turki meletupkan bas yang membunuh 13 askar serta mencederakan 48 lagi di Bandar Kayseri kira-kira jam 8.45 pagi, hari ini.

Stesen penyiaran NTV berkata, kenyataan tentera juga menyebut orang awam turut cedera dalam serangan itu berhampiran sebuah kampus universiti.

Menurut jurucakap tentera, bas yang membawa tentera itu dibenarkan melawat sebuah pasar tempatan di sini sebelum insiden berkenaan berlaku.

Timbalan Perdana Menteri, Veysi Kaynak dalam satu kenyataan berkata serangan itu malangnya hampir sama dengan kejadian pengeboman dekat sebuah stadium bola sepak di Istanbul pada 10 Disember lalu yang mengorbankan 44 nyawa.

Dia berkata ada puak atau militan yang menyasarkan kumpulan tentera elit itu dari Brigade Tentera Udara Kayseri yang menjalani latihan khas untuk melindungi orang awam di kawasan berkenaan.

Presiden Recep Tayyip Erdogan sudah dimaklumkan akan perkembangan itu manakala Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu dilaporkan tiba di bandar itu untuk mendapatkan keterangan pihak berkuasa.

Gambar-gambar awam menunjukkan bas terbabit remuk serta mengeluarkan asap akibat kesan letupan itu.

Agensi berita Dogan berkata bahawa letupan berlaku di lokasi bertentangan dengan Universiti Erciyes, di bandar itu.

Bandar Kayersi yang juga salah satu bandar utama di tengah Turki adalah pusat industri dan turut dikenali sebagai kawasan aman damai. – AGENSI

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts