Logitech MX Master 4 Special Developer Edition Diperkenalkan Untuk Meraikan Pengaturcara

by Oh! Semput


2
SHARES
22
VIEWS
Posted on 28 Oct 2026 07:00:51

Pada awal bulan ini, Logitech telah memperkenalkan model tetikus produktiviti pejabat terbaru mereka, Logitech MX Master 4 yang juga telah diperkenalkan untuk pasaran tempatan pada harga RM569. Terkini, mereka telah memperkenalkan edisi khas untuk para pembangun dan pengaturcara perisian yang dinamakan Logitech MX Master 4 Special Developer Edition.

Tetikus ini hadir dengan spesifikasi dalaman dan ciri-ciri yang sama seperti Logitech MX Master 4, cuma kini ia hadir dengan estetika yang lebih menarik. Pertama ialah penggunaan warna dua tona kelabu dan hitam pada rangka tetikus ini. Kedua ialah pengenalan teks “Hello World” iaitu teks yang digunakan untuk menguji kemampuan sebuah program untuk menghasilkan output asas.

Selain daripada itu, terma pengaturcaraan 0xFF yang menandakan angka “255” yang secara lazimnya digunakan untuk menanda nilai maksima yang boleh dimuatkan dalam satu byte 8-bit, dan juga merupakan penanda Hari Pengaturcara Sedunia (yang disambut pada hari ke-256 setiap tahun), 17 September yang merupakan hari pertama pengenalan kernel sistem operasi Linux, manakala !04.01 pula adalah penanda untuk Hari Sandaran Data Sedunia, yang lazimnya disambut pada 31 Mac.

Sama seperti Logitech MX Master 4, edisi Special Developer Edition ini juga tampil dengan ciri-ciri menarik seperti sistem butang haptik dan pintasan Actions Ring yang boleh diubahsuai melalui perisian dan Roda MagSpeed membolehkan tatalan sehingga 1,000 baris sesaat dengan ketepatan tinggi.

Tetikus ini sudahpun disenaraikan di laman web Logitech Malaysia, tetapi tiada tanda harga diperlihatkan lagi buat masa ini. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, tetikus ini akan hadir dengan tanda harga sama dengan tetikus MX Master 4 sedia ada. Jika benar, harga tetikus edisi khas ini untuk pasaran Malaysia juga adalah sebanyak RM569.

: Logitech

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts