Luahan Lelaki Tentang Kekasih Curang 'Viral' Di Laman Sosial

by Oh! Semput


7
SHARES
96
VIEWS
Posted on 07 Feb 2017 15:02:18


HATI lelaki mana yang tak hancur berkecai apabila mengetahui gadis yang dicintai meninggalkannya untuk berkahwin dengan lelaki lain.

Luahan hati oleh pengguna Twitter bernama @kimbuenos ini menjadi tular di laman sosial dan meninggalkan kesan mendalam terhadap netizen.

“Patutlah dia marah sangat bila aku post gambar dia. Last-last dapat tahu juga dah nak kahwin. Aku terjaga jodoh orang. Selama ini aku diperbodohkan dengan kau!” tweet Kim 18 jam lalu.

Luahan Lelaki Tentang Kekasih Curang Tular Di Laman Sosial

Menurut Kim, gadis yang diminatinya itu memberikan alasan yang dia mahu bakal suami yang lebih matang.

“Nak buat macam mana, dia nak yang matang. Haa amek bakal suami beza umur dengan dia, 10 tahun.

“Bila parents aku call, dari mulut dia sendiri mengaku yang dia tidak pernah ada perasaan dengan aku,” katanya.

Malah, hasil tinjauan Mynewshub yang memang pakar dalam bidang stalker ini, rupa-rupanya Kim telah mendapat petunjuk melalui mimpi bahawa memang gadis yang disayanginya itu mempunyai teman lelaki lain.

Tweet tersebut dimuat naik pada 29 Disember tahun lalu, iaitu kira-kira 37 hari sebelum lelaki ini mengetahui cerita sebenar di sebalik perubahan sikap teman wanitanya itu.


Ramai netizen yang turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang dihadapi Kim dan tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“‏@Lal4Rooslin: @kimbuenos Ini ujian awak. Insya’Allah, nanti datanglah jodoh sebaik-baik jodoh buat awak.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts