Tun Mahathir menangis kerana Proton dijual kepada syarikat China

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 26 May 2017 06:00:17

Tun Dr Mahathir Mohamad semalam meluahkan kesedihan ke atas pengambilalihan 49.9% kepentingan dalam Proton oleh pembuat kereta China Zheijiang Geely Automotive Co Ltd dari DRB-Hicom.

Menerusi laman blog beliau, chedet.cc, bekas pengerusi Proton Holdings itu berkata pengambilalihan itu membuatkan dia merasa "kehilangan anak" yang mana, Proton telah ditubuhkan oleh Tun Mahathir pada tahun 1983 semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Luahan rasa  berbaur sindiran dan terselit beribu kekecewaan yang dipetik dalam laman blognya berbunyi'

"Proton telah dijual. Ia telah dijual kepada orang asing. Mereka kata Proton adalah idea saya. Kini "anak" hasil idea saya telah dijual.

 Ya. Saya sedih. Saya boleh menangis. Tetapi ia telah terjadi. Proton tidak lagi milik negara. Tiada kereta nasional sekarang. Kita rakyat Malaysia gembira untuk menyingkirkan kereta yang menjengkelkan ini.



Saya yakin Proton akan berjaya. Ia akan menjadi satu kejayaan komersial. Ia akan dijual di seluruh dunia. Nama Proton akan ada di mana-mana.

Ia akan menjadi seperti Singapura. Rakyat Malaysia berbangga dengan bandar besar ini. Jika ia tidak dijual, ia mungkin akan membangun seperti Kuala Kedah atau Kuala Perlis. Maka kita tidak boleh berbangga dengan Singapura.

Dengan wang dan teknologi yang unggul, Proton akan dapat bersaing dengan Rolls Royce dan Bentley.

Bagaimanapun, saya tidak dapat berbangga dengan Proton kerana ia "bukan milik saya atau negara saya" lagi. Mungkin rakyat Malaysia yang lain akan merasa bangga tetapi tidak saya.

Jika difikirkan, jika negara kita dijual kepada orang lain, kepada orang-orang yang sangat kaya dari negara-negara lain, saya pasti negara kita akan menjadi maju juga. Ia akan menjadi sangat maju melebihi jangkaan Wawasan 2020.

 Ia akan menjadi sebuah negara yang hebat dengan lebuh raya super, kereta api berkelajuan tinggi (HSR), bangunan pencakar langit, bandar-bandar baru yang bekerlipan, indah dan berlampu. Tetapi saya tidak boleh merasa bangga! Bolehkah saya berbangga kerana dapat hidup di pinggir negara yang hebat ini  yang dibangunkan oleh pembeli?

Saya akan mati tidak lama lagi. Saya sudah melebihi umur purata manusia biasa hidup. Ini mungkin tahun akhir hayat saya, mungkin tinggal beberapa bulan atau mungkin beberapa hari.  Saya akan melihat negara tercinta dijual kepada warga asing untuk menyelesaikan hutang negara yang bernilai trilion ringgit.

Kita akan perlu menjual lebih banyak dan banyak lagi negara kita.

Apakah aset kita? Sudah tentu tanah kita! Itulah yang kita lakukan sebelum ini. Kita menjual banyak tanah-tanah negara kita. Kita kehilangan tanah yang kita dijual. Itulah juga yang kita lakukan sekarang dan itulah yang terpaksa kita buat atau negara kita akan tergadai seperti tergadainya Proton.

 Proton "anak"  hasil buah fikiran saya telah terjual. Ia mungkin permulaan penjualan besar-besaran . Proses ini tidak dapat disekat. Tiada cara lain yang boleh kita gunakan untuk mendapat wang berbilion-bilion untuk membayar hutang kita. Satu-satunya cara adalah dengan menjual aset kita. Dan akhirnya kita akan kehilangan negara ini, sebuah negara yang hebat tidak syak lagi, tetapi dimiliki oleh orang lain.

Saya memang lembik. Saya menangis walaupun rakyat Malaysia tidak menitiskan air mata. "Anak" saya hilang. Tidak lama lagi, negara saya. Maafkan saya."

Proton menerima RM1.5 bilion bantuan kerajaan pada tahun lepas dengan syarat bahawa ia meneruskan pelan pemulihan dan mendapatkan rakan kongsi asing.

DRB-Hicom dipetik sebagai berkata Rabu lalu, ia telah mencapai persetujuan untuk menjual kepentingannya. Kedua-dua pihak dijangkakan menandatangani perjanjian pada bulan Julai 2017 ini.— EdisiRakyat.com, 26 Mei 2017 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts