Mahkamah tetap tarikh baru dengar rayuan Kamal Hisham

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 16 Dec 2016 05:00:15

Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan tarikh baru bagi proses pendengaran rayuan bekas peguam Sultan Johor, Kamal Hisham Jaafar‎ yang berkait hak untuk melawat bapanya yang sedang uzur.

Peguamnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, ia susulan wujudnya isu teknikal melibatkan penyediaan dokumen untuk difailkan anak guamnya kepada mahkamah tidak dapat dibuat dalam tempoh ditetapkan.

Katanya, Kamal Hisham juga dinafikan hak sewajarnya untuk bertemu dengan peguam semasa dalam tahanan kerana dikategorikan sebagai banduan liputan meluas.

“Jadi, disebabkan status itu dia mempunyai akses terhad untuk bertemu dengan peguam-peguam menyebabkan beberapa dokumen dan keterangan yang seharusnya difailkan di Mahkamah Rayuan dalam tempoh ditetapkan tidak dapat dibuat,” katanya kepada Malaysiakini di Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.

Kamal Hisham sedang berdepan beberapa pendakwaan pecah amanah dan pertuduhan bawah Akta Syarikat 1965 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan akan dibicarakan pada 19 hingga 21 Disember ini.

Dia cuba memindahkan kes itu ke Kuala Lumpur bagi memastikannya mendapat pendengaran yang adil.

Kamal Hisham, yang mempunyai kaitan dengan Sultan Johor sebelum ini mendakwa tidak dapat tinggal di negara ini kerana bimbang keselamatan dirinya daripada baginda.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh 29 Disember depan untuk mendengar permohonan itu.

Terdahulu, Kamal Hisham yang diwakili peguam belanya Nur Hannan‎ Ishak ketika sebutan kes di depan tiga panel hakim diketuai Datuk Moktarudin Baki merayu agar diberikan lanjutan masa untuk pendengaran rayuannya.

“Saya memohon melalui kuasa budi bicara yang arif untuk memberi tempoh secukupnya bagi membolehkan saya‎ memberi arahan kepada peguam,” katanya yang hadir ke mahkamah dengan memakai kameja T berwarna hijau muda dan berseluar slack hitam.

Moktarudin kemudiannya menetapkan tarikh 20 Januari depan bagi pendengaran rayuan tersebut.

Sementara itu, Khairul Azam berkata,‎ Kamal Hisham merupakan antara dua individu yang dikategorikan sebagai bantuan liputan meluas selain bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

‎”Isu di sini Anwar sudah disabitkan dengan kesalahannya, tetapi Kamal Hisham belum disabitkan dengan kesalahan dan dia dinafikan hak untuk dijamin oleh keluarga bagi menghadapi pembicaraan,” katanya.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts